Tuesday, April 14, 2020

PERNAH BACA.... BUKU LONG - CHAIR MALAY???

Merupakan koleksi teka – teki Melayu Tahun 1918 yang begitu halus dan tersirat bahasanya. Kompilasi teka – teki tersebut diperoleh daripada buku Long – Chair Malay yang diterbitkan pada tahun 1918 dan ditulis dan dikompilasikan oleh O.T Dussek. 




O.T Dussek merupakan pengetua pertama Maktab Perguruan Sultan Idris. Beliau sebenarnya merupakan pegawai British yang bertugas di Tanah Melayu dan dikehendaki untuk mempelajari Bahasa Melayu sehingga menjadi sarjana bahasa tersebut, seangkatan dengan R.O Winstedt, R.J Wilkinson, C.C Brown, W.E Maxwell, W. Marsden, W.G Shellabear, J.Crawfurd, dan A.M.
Amat menarik apa yang dikatakan oleh beliau tentang Bahasa Melayu:
“Bahasa kamu, saya percaya, diucapkan oleh lebih dari 70 juta umat manusia. Ia merupakan satu daripada rumpun-rumpun bahasa yang terbesar di dunia ini. Jangan lupakan hakikat itu. Peliharalah bahasa kamu itu, berusahalah meninggikannya ke tahap yang layak di kalangan bahasa-bahasa dunia. Apabila taraf bahasa kamu tinggi, akan tinggi pulalah taraf bangsa kamu,”
O.T Dussek

Untuk melihat dan membaca keseluruhan buku boleh klik pautan di bawah :

https://drive.google.com/file/d/1aWqimTszQBHFxSJYfi_u0HwzMRdBhQSq/view?usp=sharing


SUMBER : https://ajar.com.my/


No comments:

Post a Comment