ANJUNG ILMU


BAHASA MELAYU

UJIAN LISAN BERTUTUR

- Biasanya dilakukan dengan melibatkan 4 orang murid dalam satu kumpulan.
- Kesesmua calon akan  berada di bilik menunggu sementara dipanggil untuk ke bilik kuarantin.
- Semasa di bilik kuarantin calon akan duduk dalam kumpulan dan memilih sampul soalan secara rawak. 
- Dengan berbekalkan alat tulis dan kertas (disediakan oleh unit peperiksaan) kesemua calon akan membincangkan tajuk yang dipilih. Masa yang diperuntukkan selama 10 minit sahaja. 
- selepas tamat masa diberikan kesemua calon akan bergerak ke bilik ujian dan kertas serta alat tulis perlu ditinggalkan di bilik kuarantin. Calon dikehendaki masuk ke bilik ujian tanpa membawa sebarang alat tulis atau bahan yang berkaitan tajuk perbincangan. 
- Di bilik ujian kesemua calon akan diberikan masa selama 12 minit untuk membincangkan tajuk yang dipilih secara sepontan berdasarkan latihan yang dibuat di bilik kuarantin tadi. 
- Perbincangan yang menarik biasanya tidak lari dari tajuk yang diberikan dan menepati kehendak tugasan yang dipilih. 
- selepas tempoh 12 minit tamat, calon boleh meninggalkan bilik ujian dan kembali ke kelas seperti biasa. 
_ Calon akan diuji oleh dua orang pentaksir.

TIPS UNTUK CALON

*** Calon boleh gunakan teknik penulisan dalam ujian bertutur ini. Calon boleh membahagikan topik perbincangan kepada pendahuluan, beberapa isi penting dan penutup. semasa di bilik kuarantin calon-calon berbincang untuk membahagikan tugas siapa yang akan membincangkan tentang pendahuluan, isi dan penutup.

*** Paling penting setiap calon mempunyai sekurang-kurangnya 3 minit seorang untuk bertutur.

*** Jangan terlalu kaku bila berkomunkasi. Bertuturlah dengan bersahaja dan yang paling penting menggunakan Bahasa Melayu yang formal, gramatis, lengkap dan menarik.  




LAKARAN PERGERAKAN CALON UTUK KETIKA UJIAN DILAKSANAKAN




Soalan- Soalan latihan  ( Rujukan Kertas Ramalan Petunjuk : Masitah Saadon)

TEMA
TAJUK PERBINCANGAN
Sukan dan Rekreasi
-          Punca-punca masyarakt tidak bersukan
-          1 Murid 1 Sukan
-          Sukan di peringkat Antarabangsa
Sains, Teknologi dan Inovasi
-          Kepentingan Internet
-          Perniagaan dalam talian
-          Penggunaan robot dalam pendidikan
Perpaduan
-          Kepentingan perpaduan kaum
-          Rumah terbuka perayaan di Malaysia
-          Langkah mewujudkan perpaduan kaum
Ptriotik
-          Kepentingan semangat patriotic
-          Usaha memupuk semangat patriotic
-          Sambutan Hari Kebangsaan
Kesihatan
-          Langkah-langkah menanggani tekanan perasaan
-          Kesan pengambilan makanan ringan
-          Punca penyakit jantung
Alam Sekitar dan Teknologi Hijau
-          Banjir kilat
-          Pemanasan global
-          Langkah mengatasi pencemaran alam
Bahasa dan Kesusateraan
-          Peranan Bahasa kebangsaan
-          Amalan membaca
-          Kesan penggunaan Bahasa rojak
Pertanian, penternakan dan perikanan
-          Industri kecil dan sederhana (IKS)
-          Masalah dalam industri penternakan
-          Industri herba


Contoh

Soalan tema sukan dan rekreasi bertajuk "punca-punca masyarakat tidak bersukan"
*** calon boleh buat lakaran seperti di bawah sebagai panduan dalam kumpulan perbincangan....


*** Calon-calon juga boleh membuat latihan dengan menggunakan soalan-soalan lain yang boleh didapati di internet, buku latihan, buku teks dan lain-lain bahan sumber yang berkaitan.
 
SEMOGA BERJAYA........















No comments:

Post a Comment