Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey
Melbille Luis Kossuth Dewey telah mencipta satu sistem pengkelasan buku bahawasanya sistem pengkelasan ini telah digunakan oleh kebanyakan perpustakaan. Beliau telah memberikan nombor pengkelasan berdasarkan perkara supaya semua bahan buku dan bukan buku dapat disusun dalam tempat-tempat tertentu agar kita tidak keliru dengan semua jenis-jenis buku yang wujud di muka bumi ini.
Sistem ini merangkumi semua bidang pengetahuan dan dapat memberi ruang kepada perkara-perkara yang baru dari semasa ke semasa. Di bawah merupakan contoh pengkelasan dewey mengikut kategori buku.
Tujuan Pengkelasan ini adalah untuk memudahkan orang yang bertugas di perpustakaan atau orang yang mencari buku untuk mengesan dan mencapai buku yang terdapat di perpustakaan dengan mudah dan cepat. Di bawah ini merupakan sistem pengkelasan perpuluhan dewey ringkasan pertama.
Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey Ringkasan Pertama
000 KARYA AM
100 FALSAFAH
200 AGAMA
300 SAINS KEMASYARAKATAN
400 BAHASA
500 SAINS TULEN
600 TEKNOLOGI
700 KESENIAN
800 KESUSASTERAAN
900 GEOGRAFI dan SEJARAH
No comments:
Post a Comment