Monday, May 18, 2020

JOM KONGSI ILMU

INTERNET MERENTASI MINDA INSAN

Kita sering menggunakan talian internet dalam urusan seharian. Bagi golongan remaja mereka menggunakan kemudahan yang ada untuk mengikuti sesi pembelajaran atas talian, berhibur ataupun berhubung dengan rakan-rakan. Sedikit perkongsian untuk semua apabila kita berurusan menggunakan medium alam maya ini. Moga bermanfaat untuk semua. 


  1. Jangan berkongsi maklumat peribadi (nombor akaun, nombor telefon, nombor kad pengenalan, alamat rumah ) kepada orang yang tidak dikenali.
  2. Melindungi kata laluan dan tidak mendedahkan kepada orang lain. Paling mudah hafal kata laluan tersebut. 
  3. Mengenali dan tahu  dengan siapa anda berurusan  menerusi medium alam maya yang kita gunakan.
  4. Jangan muat turun perkara yang anda tidak pasti dan rajin bertanya kepada mereka yang berpengalaman sebelum menerima atau membuat sesuatu keputusan atas talian.
  5. Paling penting, tidak berlumba menjadi orang pertama dalam menyebarkan berita atau isu-isu semasa yang belum pasti kebenarannya. "Tak pasti jangan Kongsi"
  6. Gunakanlah kemudahan alam maya ini dengan bijak dan yang paling penting berdisplin.  

No comments:

Post a Comment