Menurut kamus dewan, disiplin merujuk kepada latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib. (DBP, 2002: 308). Dengan kata lain, Disiplin adalah kepatuhan untuk menghormati dan melaksanakan suatu sistem yang mengharuskan orang untuk tunduk kepada keputusan, perintah dan peraturan yang berlaku. Lalu bagaimana dengan rasa disiplin yang anda miliki? Adakah anda telah termasuk dalam kalangan orang-orang yang memiliki disiplin yang tinggi?
Disiplin adalah kunci kejayaan, kerana dalam disiplin akan tumbuh sifat yang teguh dalam memegang prinsip, tekun dalam usaha mahupun belajar, pantang mundur dalam kebenaran, dan rela berkorban untuk kepentingan agama dan jauh dari sifat putus asa. Kita perlu menyedari betapa pentingnya disiplin dan betapa besar pengaruh kedisiplinan dalam kehidupan, baik dalam kehidupan pribadi, bermasyarakat, berbangsa mahupun kehidupan negara.
SUMBER (https://usimnews.weebly.com)
Penulis : Ayuni Jamil
No comments:
Post a Comment