Wednesday, May 20, 2020

JOM KONGSI ILMU

TIPS PENJAGAAN BUKU

Dalam sibuk kita membuat persiapan menyambut syawal jangan dilupa buku kesayangan kita. Buku-buku ini juga perlu perhatian terutama mereka yang mempunyai minat membaca. Di sini ada satu perkongsian tips yang mungkin boleh menjadi panduan bagi mereka yang mempunyai koleksi buku di rumah. Semoga bermanfaat.....


TV PENDIDIKAN KHAMIS (21 MEI 2020)


Tuesday, May 19, 2020

JOM KONGSI ILMU

[LATIHAN PADU SPM 2020] Soalan Trial 2018 Antara yg Terbaik Untuk Latihan SPM

Masa makin suntuk. Keadaan semasa dengan isu covid19 tiada siapa dapat jangkakan. Mungkin sahaja keadaan bertambah baik, tapi mungkin sebaliknya. Walau apa terjadi, hidup kita perlu diteruskan dan marilah kita menjadi SURVIVAL yang menang dalam SPM 2020 ini!!

Soalan Percubaan SPM 2018 Mengikut Negeri Semua Subjek

MRSM : http://bit.ly/2zB5Lx7
SBP : http://bit.ly/2DDKruX
YIK : http://bit.ly/2OhcxAd
Kelantan : http://bit.ly/2IlpAvf
Terengganu : http://bit.ly/2OgUv16
Pahang : http://bit.ly/2NJ4xZs
Melaka : http://bit.ly/2OSJArv
Negeri Sembilan : http://bit.ly/2Qh4GAc
Johor : http://bit.ly/2R8qY8D
Selangor : http://bit.ly/2OWrKUG
Putrajaya : http://bit.ly/2zALSGw
Kedah : http://bit.ly/2Dy20fU
Perlis : http://bit.ly/2xWKSup
Pulau Pinang : http://bit.ly/2N7zKjC
Sabah : http://bit.ly/2OSKcgN
Sarawak : http://bit.ly/2IpyZSE
Perak : http://bit.ly/2OljHUb

Follow https://t.me/sistemguruonline untuk lebih banyak stok2 soalan SPM anda.

TV PENDIDIKAN RABU (20 MEI 2020)






Monday, May 18, 2020

JOM KONGSI ILMU

INTERNET MERENTASI MINDA INSAN

Kita sering menggunakan talian internet dalam urusan seharian. Bagi golongan remaja mereka menggunakan kemudahan yang ada untuk mengikuti sesi pembelajaran atas talian, berhibur ataupun berhubung dengan rakan-rakan. Sedikit perkongsian untuk semua apabila kita berurusan menggunakan medium alam maya ini. Moga bermanfaat untuk semua. 


  1. Jangan berkongsi maklumat peribadi (nombor akaun, nombor telefon, nombor kad pengenalan, alamat rumah ) kepada orang yang tidak dikenali.
  2. Melindungi kata laluan dan tidak mendedahkan kepada orang lain. Paling mudah hafal kata laluan tersebut. 
  3. Mengenali dan tahu  dengan siapa anda berurusan  menerusi medium alam maya yang kita gunakan.
  4. Jangan muat turun perkara yang anda tidak pasti dan rajin bertanya kepada mereka yang berpengalaman sebelum menerima atau membuat sesuatu keputusan atas talian.
  5. Paling penting, tidak berlumba menjadi orang pertama dalam menyebarkan berita atau isu-isu semasa yang belum pasti kebenarannya. "Tak pasti jangan Kongsi"
  6. Gunakanlah kemudahan alam maya ini dengan bijak dan yang paling penting berdisplin.  

Saturday, May 16, 2020

MERCUN SATU KEMESTIAN???

Hanya pemikiran yang positif dan disiplin diri dapat merungkai persoalan di atas. Sudah tiba masanya kita menggunakan KBAT yang diterapkan dalam sistem pendidikan untuk meleraikan persoalan di atas. Fikir sebelum beli. Sebenarnya lebih elok kita salurkan kewangan yang ada untuk perbelanjaan yang lebih berfaedah. Pilihan di tangan anda. Tiada mercun, hari raya tetap meriah.

TV PENDIDIKAN AHAD ( 17 MEI 2020 )


Wednesday, May 13, 2020

JOM KONGSI ILMU

TIPS MEWUJUDKAN RUANG MEMBACA DI RUMAH

1) Pilih lokasi yang sesuai.
2) Buat permulaan tetapkan jumlah buku yang akan disimpan.
3) Belajar cara untuk merekod dan menjaga buku bagi memudahkan pengurusan harian nanti.
4) Pemilihan rak buku yang sesuai dengan lokasi.
5) Sesuaikan dengan sumber yang ada (kewangan, bahan buku, dan lain-lain)
5) Disiplin..... pastikan lokasi pilihan sentiasa kemas dan terjaga.


* Banyak tips lain yang boleh disesuaikan dengan situasi sendiri. Apa yang penting mewujudkan ruang membaca ini boleh memupuk minat membaca dalam kalangan keluarga di rumah. Selamat mencuba....
* Setiap tips yang diberikan di atas akan dihuraikan satu persatu dalam perbincangan akan datang..... semoga dapat memberi manfaat kepada semua.

TV PENDIDIKAN KHAMIS ( 14 MEI 2020 )



Tuesday, May 12, 2020

JOM KONGSI ILMU

Disiplin Dalam Kehidupan.

Menurut kamus dewan, disiplin merujuk kepada latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib. (DBP, 2002: 308). Dengan kata lain, Disiplin adalah kepatuhan untuk menghormati dan melaksanakan suatu sistem yang mengharuskan orang untuk tunduk kepada keputusan, perintah dan peraturan yang berlaku. Lalu bagaimana dengan rasa disiplin yang anda miliki? Adakah anda telah termasuk dalam kalangan orang-orang yang memiliki disiplin yang tinggi?

Disiplin adalah kunci kejayaan, kerana dalam disiplin akan tumbuh sifat yang teguh dalam memegang prinsip, tekun dalam usaha mahupun belajar, pantang mundur dalam kebenaran, dan rela berkorban untuk kepentingan agama dan jauh dari sifat putus asa. Kita perlu menyedari betapa pentingnya disiplin dan betapa besar pengaruh kedisiplinan dalam kehidupan, baik dalam kehidupan pribadi, bermasyarakat, berbangsa mahupun kehidupan negara.

SUMBER (https://usimnews.weebly.com)
Penulis : Ayuni Jamil

TV PENDIDIKAN RABU (13 MEI 2020)


Monday, May 11, 2020

JOM KONGSI ILMU

Jenis-jenis bacaan

1 Bacaan mekanis 

Bacaan mekanis ialah bacaan bersuara dengan sebutan yang jelas dan tepat mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Bacaan kuat ini mementingkan sebutan huruf dan bunyi dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada dan tekanan yang betul. Bahan bacaan yang digunakan ialah bahan yang mudah difahami dan tidak membebankan fikiran. 

2 Bacaan mentalis 

Bacaan mentalis dikenali juga sebagai bacaan akliah, iaitu di¬laksanakan dalam hati tanpa suara setelah murid menguasai bacaan bersuara. Tujuan bacaan mentalis adalah untuk memahami maklumat, idea atau buah fikiran. 

3 Bacaan intensif 

Bacaan intensif ialah bacaan secara mendalam yang dilaksanakan dengan tujuan memperkembangkan kebolehan meneliti, memahami dan mentafsirkan perkara yang dibaca. Bacaan ini memfokuskan ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan bahasa dalam konteks dan situasi yang berlainan. Konsep bacaan intensif adalah untuk memperkembangkan pembelajaran bahasa murid; memberikan penjelasan tentang struktur yang sukar dan memperkembangkan per¬bendaharaan kata; mengkaji ciri-ciri tatabahasa; memperkembangkan usaha mengawal bahasa lisan dan pertuturan serta kepentingan gerak laju dan kelebihan latihan. 

4 Bacaan ekstensif 

Bacaan ekstensif ialah bacaan meluas yang dilaksanakan di luar bilik darjah. Bacaan ini menitikberatkan pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran pemahaman dan meningkatkan kepantasan membaca. Melalui pembacaan ekstensif akan membolehkan murid mencari isi-isi penting. Konsep bacaan ekstensif ialah kegiatan membaca dilakukan di luar bilik darjah; bahan bacaan perlu sesuai dengan murid; bahan yang berbeza dan murid mendapat kepuasan, keseronokan dan terhibur.


                                                          Sumber : http://literasibahasamelayu.blogspot.com

TV PENDIDIKAN SELASA (12 MEI 2020)



Sunday, May 10, 2020

JOM KONGSI ILMU

BERPUASA DAN KESIHATAN ?
Pengkaji terkemuka dari Universiti Hospital di Amman, Jordan, Dr Soliman, membuat penyelidikan puasa Ramadan dari aspek kesihatan dan melakukan uji kaji terhadap 42 lelaki dan 26 wanita Islam yang sedang berpuasa Ramadan.
Kesan positif berpuasa
Hasil kajiannya mendapati puasa memberi kesan positif terhadap metabolisme tubuh badan dan menjadi pencegah kepada serangan pelbagai penyakit khususnya gejala lebihan gula dan lemak.
Turut membuat kajian, Dr F Azizi bersama beberapa rakannya dari Universiti Sains Perubatan Tehran, Iran, dan hasilnya sama seperti ditemui Dr Soliman..... (sumber : Laman Web : Jabatan Mufti Negeri Kedah )

Tuesday, May 5, 2020

JOM SERTAI PERTANDINGAN

PERTANDINGAN ONLINE KOKURIKULUM JPN JOHOR

Kuiz Pengakap #PKP20:

⚜️Syarat-Syarat Penyertaan

⚜️Peserta:
     1. Ahli Berdaftar Pengakap Johor   
     2. Pengakap Kanak-kanak, Pengakap Muda dan Pengakap Remaja sahaja

✅ PENYERTAAN MURID MESTILAH MENDAPAT KEBENARAN IBUBAPA

⚜️Yuran = percuma

⚜️Pendaftaran
Melalui Google form atau imbas kod QR

https://gg.gg/kuizpkp20


⚜️Perjalanan Program

🔶Program ini dijalankan bertujuan menguji daya fikir ahli-ahli pengakap melalui aktiviti kuiz yang dijalankan.
🔶Kuiz secara atas talian ini dijalankan melalui medium Google Quiz Online di alamat http://gg.gg/kuizpkp20
🔶Terdapat 70 soalan ilmu kepengakapan dan aras soalan mampu dijawab oleh ahli pengakap kanak-kanak (Darjah 3 hingga darjah 6), pengakap muda (tingkatan 1 hingga tingkatan 3) dan pengakap remaja (tingkatan 4 dan tingkatan 5).
🔶Tempoh masa aktiviti dijalankan selama 5 hari (10 - 14 Mei 2020 ).
🔶Semua pertandingan akan dinilai secara dua peringkat seperti berikut:
     I.    Peringkat Daerah dan
     II.   Peringkat Negeri
🔶Sepuluh (10) orang PKK akan mengikuti kuiz secara online menggunakan media google meet. 30 soalan akan disoal secara langsung. Pemenang ditentukan berdasarkan markah terkumpul tertinggi. Sepuluh (10) orang peserta ini akan mendapat sijil penyertaan dan sijil pencapaian peringkat negeri Johor. Teknik dan kaedah yang sama dijalankan untuk Pengakap Muda dan Pengakap Remaja.
🔶Semua pemenang akan dihubungi oleh urusetia Kuiz Pengakap #PKP20.
🔶Senarai pemenang peringkat daerah dan negeri akan di paparkan di semua media rasmi Pengakap Johor dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor

⚜️Tempoh masa kuiz bermula 10 mei 2020 hingga 14 mei 2020

⚜️Penilaian dan anugerah

🔶Peserta akan terima sijil pencapaian

Sebarang pertanyaan boleh hubungi pegawai En Basri Efendi Bin Masri di talian, 012-7410257 di unit kokurikulum atau Pegawai Teknikal En Anuar Bin Salleh di talian 017-7822514 atau urus setia Tn Hj Ramli Bin Ibrahim di talian 011-10737376 dan Pn Rosmah Binti Abdullah di talian 011-10787376

#KPM
#PendidikanUntukSemua
#JPNJ
#PendidikanHolistik
#MengoptimumkanPotensi
#MemaksimumkanKeberhasilan

Youtube rasmi JPNJ :
Official JPN Johor
https://m.youtube.com/channel/UCkHRMXgLUin9aLYBkNJW6Ew

Facebook rasmi JPNJ :
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
https://www.facebook.com/JPNJohor/

Instagram rasmi JPNJ :
@jpnjohormedia
https://www.instagram.com/jpnjohormedia/

Laman Sesawang rasmi JPN Johor :
http://jpnjohor.moe.gov.my

YouTube (https://m.youtube.com/channel/UCkHRMXgLUin9aLYBkNJW6Ew)
Official JPN Johor
Media Jabatan Pendidikan Negeri Johor

TV PENDIDIKAN RABU ( 06 MEI 2020)